Geng-geng Lambong

Wednesday, 14 March 2012

Lau Kaana Bainanaa el Habib ( لو كان بيننا الحبيب )





Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu
Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين
Englsih Subtitle / Translation
If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)
In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)

Sunday, 19 February 2012

Tambah Follower Sampai Pengsan






Sebab Leeza anjurkan segmen ini
  1. Nak rasa pengalaman sebagai penganjur segmen. Selalunya asyik main segmen orang je
  2. Segmen ni sebenarnya Lezza buat khas untuk blogger2 baru yang follower x seberapa. Lepas ni x payah la korang pegi shoutbox orang lain cakap "Done follow u. follow saya balik". Sebenarnya blogger2 yang senior ni x berapa gemar tentang istilah "I follow u, u must follow me back". Anggap segmen yang Lezza buat ni sebagai platform untuk korang tambahkan follower k. Peace..
  3. Nak tambahkan follower di 'Lezza de blog" lah..hehe
  4. Merapatkan ukhwah sesama sahabat blogger


Jangan Follow Rapat-Rapat Tau!!

Selamat Memfollow.............................

Wednesday, 15 February 2012

CARA BUAT SPAGHETTI SEMPOI...


Salam dan aloo untuk semua...ni, sajer nak share sket cara saya buat spagethi sempoi. Semalam tanya husband, nak makan nasik tak...? ``I nak makan, tapi kalau tak nak nasik bleh tak...''. Sbenarnya jawapan-jawapan macam ni selalu saya dapat dari husband saya ni. So, kena la pikir benda apa yang lain daripada nasik tu. Sebab tu lah kat rumah saya ni selalu siap sedia ngan bahan-bahan mentah untuk menghadapi situasi yang macam ni...(ehheheh).

So, semalam saya ambik keputusan untuk buat spaghetti jer.. Bagi yang jarang atau tak biasa buat spaghetti ni, sebenarnya, sonang jerr cara nak buatnya. Memang la ada resepi khusus untuk buat sos dia tu. Tapi memandangkan ni dalam keadaan darurat, saya boh apa yang ada saja. Yang penting sos spagethi ni kena banyak tomato dan sos dia masam-masam manis sket. Tapi bagi yang nak sesuaikan dengan selera perut kita yang suka makan pedas, bleh la boh cili boh saja. Saya lebih suka sos yang masam n rasa banyak tomato.

Saya slalu pakai tomato cincang dalam tin. Lebih senang nak simpan yang dalam tin ni daripada beli yang biji tu. Sebabnya kadang-kadang tak pakai, busuk macam tu jerr...So, tomato cincang ni memang selalu ada kat rumah saya.. Selain tu, spagethi, tomato puree n rempah spagethi bolognese pun memang dok ada dalam peti sejuk tu. Antara benda-benda tadi, yang wajib ada rempah spagethi bolognese la. Kalau tak dak, tak rasa sos spagethi. Kalau tak jumpa rempah ni, pakai jer rempah Mix Spices ker, pizza spices kerr.. (ni ada jual kat kedai-kedai yang jual baking products) Tomato tu, bleh cincang/ramas tomato biji yang ada saja. Lagi banyak lagi best. Kalau tak masam, bleh tambah tomato sos.

Rempah spagethi bolognese ni bleh beli kat supermarket. Saya selalu beli barang kat Tesco. P kat bahagian yang jual pasta. Kat situ semua ada - termasuklah sos-sos tomato, tomato cincang, tomato puree. Sos spagethi yang dah siap pun ada. Tapi tak yah lah beli yang siap tu...mahal. Kita bleh buat sendiri. Senang jerr...

O.k, bahan utama yang saya guna untuk spagethi sempoi saya ialah seperti di bawah ni laa...


Yang depan tu spaghetti (beli jer cap apa yang anda suka).
Kiri sekali tu tomato puree (tak dak pun tak pa...pakai jer tomato sos),sbelah dia rempah spaghetti , kanan skali tu tomato cincang (kalau tak dak pakai tomato biji yang masak). Ramas/cincang kasar. 

Cara buat: 

i. Tumis bawang besar (potong dadu) - pakai yang sederhana besar. Potong dadu. (Sbenarnya bleh pakai bawang putih. Tapi bawang putih saya habih...so, pakai apa yang ada jerrr...)
ii. Bila dah layu sket, masukkan 3 sudu besar rempah spaghetti tu. Kacau sampai naik bau
iii. Masukkan daging apa yang kita nak (saya pakai daging burger jer - sebab daging cincang tak dak..Kalau pakai daging burger, hancur-hancur kan sket ngan garfu. Tapi daging burger ni tak seberapa sedap berbanding daging cincang. Tapi...bleh laaa daripada tak dak ....)
iv. Pastu masukkan tomato cincang tin (saya pakai semua), tomato puree (1/2 tin), Sos tomato (dalam 2 sudu besar), sos cili (dalam 3 sudu besar), sos tiram (2 sudu besar - tak dak pun tak pa), garam n gula secukup rasa (kena ada rasa masam-masam manis) Kalau ada tomato biji, bleh gak potong dadu. Nak bagi kaw lagi....
iv. Boh air sket kalau kering sangat. Tapi jangan banyak sebab sos ni kena pekat baru best.
Dah siap.....n bleh dituang atas spaghetti. (cara nak masa spagethi ni - rebus dalam air yang diboh minyak sket sampai lembut - toskan, pastu tu tuang minyak sket (dalam 2 sudu besar) - tak nak bagi spaghetti tu melekat)
Masa nak makan tu, kalau nak bagi kaw n sedap lagi (dan untuk menambahkan lagi kecomelan rupa dan bentuk badan (hehehhe), percik la cheese....fuuhhhhhh...memang sodap....)



Spaghetti sempoi. Yang kat belakang tu, cheese serbuk...kasi percik atas itu spaghetti, baru kaw...!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang ads lihat iklan terbaru

 
aqmillambong - Cool Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]