Geng-geng Lambong

Friday 21 December 2012

shutter sound

kelas fotografi pada setiap hari ahad, setelah mendapat sedikit penerangan oleh lecturer tentang fotografi, aku dapat ilmu baru iaitu perbezaan bunyi shutter antara low-end, middle, dan high-end kamera. Perbezaannya kamera high level bunyinya macam senapang contoh dalam video ni ..






shutter sound bukan lah satu kepentingan dalam fotografi tapi saje nak berkongsi pengetahuan, pekara yang asas dan paling penting ialah belajar iso,shutter speed,apeture,white balance,PASM modes dan lain2 lagi.. mulanya x percaya jugak dgn lecturer tu tapi lepas search youtube rase teruja pulak..

Thursday 13 December 2012

Minggu Busy akan bermula

Minggu depan kelas akan bermula sepenuhnya, major subjek kali ini ialah Web and Application Design dan ada 2-3 subjek major lagi. TT akan belajar Web dan Application Design menggunakan software Adobe Dreamweaver CS5



Kelebihan menggunakan Dreamweaver kita dapat lihat hasil kerja tanpa sambungan internet. Jadi kalau tengah offline pun kita dapat lihat hasil kerja kita dalam Dreamweaver tu. Setelah mencuba beberapa script dari beberapa blog, ternyata amat mudah untuk mencari apa yg kita mahukan, hanya klik pada bahagian design disebelahnya ia akan higlight script Html untuk design tersebut.


Bahagian ade gambar dipanggil design, sebelah kiri pula dipanggil script...

Kalau salah minta diperbetulkan.. :)

Saturday 8 December 2012

Blog, & Website Semua BARU!!!!!

  Setelah screen laptop baru ditukar, spek pun dah siap aktiviti dihadapan laptop diteruskan seperti luar biasa. Spek baru screen baru semangat pun baru dan tahun 2012 hampir melabuhkan tirai dimana tahun BARU pun menjelang...semuanye Baru.. simkad broadband pun baru je tukar. Tahun depan mungkin handset pun baru yela PM nak kasi voucher smartphone.

  Entry kali ni AL nk bagitau / mengumumkan blog dan website yang baru milik AL juge. Kali ni berjinak-jinak dengan Wordprees 90% English Version berkenaan perjalanan AL bermotosikal terutama perjalanan yg jauh.Sporcket moto pun BaRU.

  Website pula AL menggunakan free domain web hosting iaitu dari snackwebsite & wix. Kedua-dua website ini untuk/ lebih kepada latihan untuk membuat desing pada website seiring dengan subjek pembelajaran di kolej nanti.



Blog- http://everyljourney.wordpress.com/



Website- http://esrc.likes2ride.com/


           
             -Belum publish lagi.



nama samaran BARU!! AL=AqmilLambung :)


Wednesday 14 November 2012

UnDeR MaInTaInAnCe


admin rabun silau , segala aktiviti mengadap laptop dihentikan seketika sementara menunggu spek siap....

Thursday 24 May 2012

Iklan Free

Letak iklan free kat blog aku.... seriesly!! Setiap iklan yg ada kat blog http://aqmillambung.blogspot.com/ aku akan ping kan kat group/page di facebook 1 kali sehari...

Syarat:

1- kena pamerkan banner kedai online aku http://aqmillambong.lot.my/ tu je...

sekian terima kasih... yg berminat sila PM kat facebook aku.. https://www.facebook.com/aqmillambong

Wednesday 14 March 2012

Lau Kaana Bainanaa el Habib ( لو كان بيننا الحبيب )





Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu
Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين
Englsih Subtitle / Translation
If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)
In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)

Sunday 19 February 2012

Tambah Follower Sampai Pengsan






Sebab Leeza anjurkan segmen ini
  1. Nak rasa pengalaman sebagai penganjur segmen. Selalunya asyik main segmen orang je
  2. Segmen ni sebenarnya Lezza buat khas untuk blogger2 baru yang follower x seberapa. Lepas ni x payah la korang pegi shoutbox orang lain cakap "Done follow u. follow saya balik". Sebenarnya blogger2 yang senior ni x berapa gemar tentang istilah "I follow u, u must follow me back". Anggap segmen yang Lezza buat ni sebagai platform untuk korang tambahkan follower k. Peace..
  3. Nak tambahkan follower di 'Lezza de blog" lah..hehe
  4. Merapatkan ukhwah sesama sahabat blogger


Jangan Follow Rapat-Rapat Tau!!

Selamat Memfollow.............................

Wednesday 15 February 2012

CARA BUAT SPAGHETTI SEMPOI...


Salam dan aloo untuk semua...ni, sajer nak share sket cara saya buat spagethi sempoi. Semalam tanya husband, nak makan nasik tak...? ``I nak makan, tapi kalau tak nak nasik bleh tak...''. Sbenarnya jawapan-jawapan macam ni selalu saya dapat dari husband saya ni. So, kena la pikir benda apa yang lain daripada nasik tu. Sebab tu lah kat rumah saya ni selalu siap sedia ngan bahan-bahan mentah untuk menghadapi situasi yang macam ni...(ehheheh).

So, semalam saya ambik keputusan untuk buat spaghetti jer.. Bagi yang jarang atau tak biasa buat spaghetti ni, sebenarnya, sonang jerr cara nak buatnya. Memang la ada resepi khusus untuk buat sos dia tu. Tapi memandangkan ni dalam keadaan darurat, saya boh apa yang ada saja. Yang penting sos spagethi ni kena banyak tomato dan sos dia masam-masam manis sket. Tapi bagi yang nak sesuaikan dengan selera perut kita yang suka makan pedas, bleh la boh cili boh saja. Saya lebih suka sos yang masam n rasa banyak tomato.

Saya slalu pakai tomato cincang dalam tin. Lebih senang nak simpan yang dalam tin ni daripada beli yang biji tu. Sebabnya kadang-kadang tak pakai, busuk macam tu jerr...So, tomato cincang ni memang selalu ada kat rumah saya.. Selain tu, spagethi, tomato puree n rempah spagethi bolognese pun memang dok ada dalam peti sejuk tu. Antara benda-benda tadi, yang wajib ada rempah spagethi bolognese la. Kalau tak dak, tak rasa sos spagethi. Kalau tak jumpa rempah ni, pakai jer rempah Mix Spices ker, pizza spices kerr.. (ni ada jual kat kedai-kedai yang jual baking products) Tomato tu, bleh cincang/ramas tomato biji yang ada saja. Lagi banyak lagi best. Kalau tak masam, bleh tambah tomato sos.

Rempah spagethi bolognese ni bleh beli kat supermarket. Saya selalu beli barang kat Tesco. P kat bahagian yang jual pasta. Kat situ semua ada - termasuklah sos-sos tomato, tomato cincang, tomato puree. Sos spagethi yang dah siap pun ada. Tapi tak yah lah beli yang siap tu...mahal. Kita bleh buat sendiri. Senang jerr...

O.k, bahan utama yang saya guna untuk spagethi sempoi saya ialah seperti di bawah ni laa...


Yang depan tu spaghetti (beli jer cap apa yang anda suka).
Kiri sekali tu tomato puree (tak dak pun tak pa...pakai jer tomato sos),sbelah dia rempah spaghetti , kanan skali tu tomato cincang (kalau tak dak pakai tomato biji yang masak). Ramas/cincang kasar. 

Cara buat: 

i. Tumis bawang besar (potong dadu) - pakai yang sederhana besar. Potong dadu. (Sbenarnya bleh pakai bawang putih. Tapi bawang putih saya habih...so, pakai apa yang ada jerrr...)
ii. Bila dah layu sket, masukkan 3 sudu besar rempah spaghetti tu. Kacau sampai naik bau
iii. Masukkan daging apa yang kita nak (saya pakai daging burger jer - sebab daging cincang tak dak..Kalau pakai daging burger, hancur-hancur kan sket ngan garfu. Tapi daging burger ni tak seberapa sedap berbanding daging cincang. Tapi...bleh laaa daripada tak dak ....)
iv. Pastu masukkan tomato cincang tin (saya pakai semua), tomato puree (1/2 tin), Sos tomato (dalam 2 sudu besar), sos cili (dalam 3 sudu besar), sos tiram (2 sudu besar - tak dak pun tak pa), garam n gula secukup rasa (kena ada rasa masam-masam manis) Kalau ada tomato biji, bleh gak potong dadu. Nak bagi kaw lagi....
iv. Boh air sket kalau kering sangat. Tapi jangan banyak sebab sos ni kena pekat baru best.
Dah siap.....n bleh dituang atas spaghetti. (cara nak masa spagethi ni - rebus dalam air yang diboh minyak sket sampai lembut - toskan, pastu tu tuang minyak sket (dalam 2 sudu besar) - tak nak bagi spaghetti tu melekat)
Masa nak makan tu, kalau nak bagi kaw n sedap lagi (dan untuk menambahkan lagi kecomelan rupa dan bentuk badan (hehehhe), percik la cheese....fuuhhhhhh...memang sodap....)



Spaghetti sempoi. Yang kat belakang tu, cheese serbuk...kasi percik atas itu spaghetti, baru kaw...!!!


Pasta bebola ayam


Semalam untuk anak-anak saya masakkan pasta simple . Selalunya untuk kuah pasta atau spaghetti saya guna tomato sup tapi kali ni tak ade so saya ganti dengan tomato segar yang lagi berkhasiat . Anak-anak saya memang suka sangat kalau tau saya masak pasta sebab ada cheese tu ya sedap sangat tu...
Kali ni saya guna susu full cream dalam kotak untuk masak sos pasta , tujuan saya guna susu supaya dapatkan seimbangkan rasa masam buah tomato tu . Kuah spaghetti ni ada rasa lemak , manis dan masam memang sedap yum yum...selain tu susu full cream ni akan memekatkan kuah spaghetti ni...

pasta spirral yang ditabur cheese parmesan yum yum...

BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta spirral
500 grm bebola ayam 
1 labu bawang besar Holland atau bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
8 biji buah tomato bersaiz besar dan yang masak ranum
1 tin kecil tomato puree
4 sudu besar sos cili
1 kiub stok ayam
6 helai daun bay1 sudu besar herba oregano kering atau Italian Mixed Herbs
2 cawan susu full cream dalam kotakGaram dan gula secukup rasa
Keju parmesan

Cara Memasak :

1. Didihkan air dalam periuk dan rebus pasta dan masukkan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti/pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu margerin atau butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan kacau supaya pasta tak melekat .

Cara masak sos :


1.Basuh buah tomato dan potong kecil-kecil kemudian kisar semua buah tomato ni sampai hancur . Masukkan secawan air masa kisar buah tomato ni supaya memudahkan proses mengisar .

2.Panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak biasa saja dan tumis semua bawang merah dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.


3. Masukkan bebola ayam yang dipotong dua . Kacau dan biarkan sampai bebola ayam masak keperangan . Masukkan buah tomato yang dikisar tadi , tomato puree dan sos cili kemudian terus kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra .


4.Masukkan bay leaf dan italian herbs /oregano, kiub ayam, garam dan gula secukupnya .


5.Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit , kacau sekali - sekala , bila kuah dah mesra boleh la dimasukkan susu full cream tadi . Kacau semua bahan bila sos spaghetti ni maska boleh la ditutup api dapur.

6. Hidang dengan parutan keju parmesan .

Tahukah anda apa itu minyak hitam?? (3)

JENIS MINYAK ENJIN

Terdapat 5 jenis minyak enjin yang biasa digunakan:


Mineral (Regular): 100% bahan petroleum yang telah menjalani proses penyulingan berperingkat (fractional distillation proses). Masih mempunyai karbon reaktif (reactive carbon) yang berupaya bertindakbalas dengan oksigen untuk membentuk asid. (Harga: Murah)


Semi-synthetic / Synthetic blend (Premium): Campuran 75% mineral dan 25% synthetic. (Harga: Sederhana)




Synthetic: Dihasilkan daripada bahan petroleum seperti minyak enjin Mineral tetapi hanya menggunakan bahan terbaik (tulen) dalam proses penyulingan berperingkat iaitupolyalphaolifins. Tidak mempunyai karbon reaktif. Juga ditambahkan dengan diester sintetik yang berfungsi membersihkan sisa karbon (pembakaran). Enjin biasanya lebih bersih. (Harga: Mahal)




Pure synthetic: Minyak sintetik sepenuhnya yang dihasilkan daripada polyalkyleneglycolyang banyak digunakan sebagai minyak pelincir bagi kotak gear (gearbox).




Bio-based: Bermula sekitar 1996, minyak enjin jenis ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan minyak daripada tumbuhan seperti minyak jagung dan minyak kelapa sawit. Lebih mesra alam tetapi belum dikomersilkan sepenuhnya. (Harga: Tidak pasti)

    Tuesday 14 February 2012

    Tahukah anda apa itu minyak hitam?? (2)

    SIFAT MINYAK ENJIN

    Kebanyakan minyak enjin dibuat daripada molekul hidrokarbon yang berat daripada minyak mentah yang diekstrak dari dasar laut. Minyak enjin biasa mengandungi hidrokarbon dengan 18 - 34 atom karbon per molekul. Kandungan karbon per molekul yang tinggi ini menyebabkan kelikatan yang tinggi kepada minyak enjin. Dan seperti yang kita sudah tahu, kemampuan untuk mengekalkan satu lapisan pelincir antara komponen enjin yang bergerak adalah fungsi utama minyak enjin. 







    Kelikatan (viscosity) merujuk kepada kebolehan untuk mengalir (a measure of its resistance to flow) dan boleh menggunakan istilah "tebal" dengan "nipis" dimana masing-masing merujuk kepada semakin susah mengalir dan semakin senang mengalir. Kelikatan sesuatu minyak enjin mestilah tinggi untuk mengekalkan lapisan pelinciran tetapi dalam masa yang sama cukup nipis untuk mengalir kesemua bahagian enjin dibawah semua keadaan (panas ata sejuk). Kelikatan minyak enjin ini boleh disemak melalui Indeks Kelikatan (Viscosity Index) yang mengukur sejauh mana kelikatan minyak enjin berubah dengan suhu. Indeks kelikatan yang tinggi menunjukkan bahawa kelikatan minyak enjin berubah sedikit sahaja mengikut suhu berbanding indeks kelikatan yang rendah. Minyak enjin juga harus boleh mengalir dengan baik pada suhu yang rendah untuk meminimumkan geseran antara logam dengan logam semasa enjin kenderaan dihidupkan.

    Monday 13 February 2012

    Tahukah anda apa itu minyak hitam??








    Minyak Enjin atau lebih dikenali sebagai motor oil di kebanyakan bengkel kereta adalah minyak pelincir untuk komponen enjin yang menggunakan sistem pembakaran dalaman (internal combustion engine). Hampir semua komponen enjin jenis ini menggunakan logam atau aloi yang pastinya melakukan banyak pergerakan apabila enjin beroperasi. Pergerakan komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang tinggi akibat daripada geseran. Geseran pastinya akan mengakibatkan kehausan pada komponen dan disinilah minyak enjin memainkan peranannya - sebagai pelincir.

    Minyak enjin turut membantu penyejukan enjin dengan membawa haba yang diserap jauh daripada kawasan pergerakan (minyak enjin digunakan secara putaran - naik dan turun). Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan sistem penyejukan enjin yang dimonopoli oleh radiator dan pengaliran udara dalam ruangan enjin. Selain daripada itu, minyak enjin juga berupaya untuk menghalang pengaratan dalaman enjin.

    Minyak enjin dihasilkan daripada sebatian kimia petroleum dan bahan sintesis bukan petroleum yang mengandungi peratusan bahan bakar - karbon dan hidrogen yang tinggi. Tetapi minyak enjin juga diubahsuai dengan pencampuran bahan lain seperti ester dan bahan tambah (additives) untuk meningkatkan prestasi minyak enjin tersebut.





    sumber

    Saturday 21 January 2012

    tips topup percuma





    Aku dapat daripada awek kat kedai handphone masa aku round kat Suria KLCC. Duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni. Last-last cair jugak dia. Dia pun bagitau lah aku cara-cara nak mereload prepaid ni secara percuma.Ok, sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan ngkorang... untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019,anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda. disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal yerr..
    Cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan. Ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-masa ini.
    Ok, kepada pengguna talian 012,013,016,017,019 ambik telefon anda dail 1415007 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising, tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda.
    Anda akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai, lepas tu dial 0405 untuk k.l, 0406 untuk yang duduk di Selangor.
    Anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor tadi tekan nombor telefon anda sekali lagi. Tunggu selepas bunyi bising selesai,dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat...
    Ok, selepas beberapa saat, anda akan mendengar "your pin number is accept" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your emei number is accept". Terus dail 4566 dan anda akan dengar "your password is accept" terus dail nombor tepon anda dan anda akan dengar
    "kepala hotak kau, kat dalam dunia ni mana ada benda yang free, masuk toilet pun kena bayar 20 sen"


    Friday 20 January 2012

    How To Remove/Disable Facebook Timeline?


    The answer for this question is, NO you can’t remove or disable the facebook timeline. Facebook Timeline is now live, previously when it was on Beta test there was an option of removing it but now facebook is forcing to use the new facebook timeline once you install it.
    But I have a trick to allow you to remove facebook timeline.okey,it’s easy. highly efficient 100%. Okay, let’s follow this tutorial :

    1. Go To Facebook And Login As Usual.

    2.Go To Facebook’s Account Settings.

    3. Go To Facebook’s Security Settings.

    4. Okey ,Now ,Look At The Bottom Option And You Will See.

    5. Click “Deactive Your Account”

    6.Now, You Already Deactive Your Facebook Account.

    7.Okey ,Now Go To Facebook.Com.

    8.Fill In This Form :

    9. Now You Get A New Facebook.

    10. No Facebook Timeline ! It’s Cool Right?

    Your Face Should Be Like This :

    In fact, Facebook will make the facebook timeline as a default. so, no need to search in google on ”how to disable facebook timeline” .Thank you.Lets troll your member by sharing this post to them 

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    nuffnang ads lihat iklan terbaru

     
    aqmillambong - Cool Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]