Geng-geng Lambong

Showing posts with label cara-cara. Show all posts
Showing posts with label cara-cara. Show all posts

Wednesday, 15 February 2012

CARA BUAT SPAGHETTI SEMPOI...


Salam dan aloo untuk semua...ni, sajer nak share sket cara saya buat spagethi sempoi. Semalam tanya husband, nak makan nasik tak...? ``I nak makan, tapi kalau tak nak nasik bleh tak...''. Sbenarnya jawapan-jawapan macam ni selalu saya dapat dari husband saya ni. So, kena la pikir benda apa yang lain daripada nasik tu. Sebab tu lah kat rumah saya ni selalu siap sedia ngan bahan-bahan mentah untuk menghadapi situasi yang macam ni...(ehheheh).

So, semalam saya ambik keputusan untuk buat spaghetti jer.. Bagi yang jarang atau tak biasa buat spaghetti ni, sebenarnya, sonang jerr cara nak buatnya. Memang la ada resepi khusus untuk buat sos dia tu. Tapi memandangkan ni dalam keadaan darurat, saya boh apa yang ada saja. Yang penting sos spagethi ni kena banyak tomato dan sos dia masam-masam manis sket. Tapi bagi yang nak sesuaikan dengan selera perut kita yang suka makan pedas, bleh la boh cili boh saja. Saya lebih suka sos yang masam n rasa banyak tomato.

Saya slalu pakai tomato cincang dalam tin. Lebih senang nak simpan yang dalam tin ni daripada beli yang biji tu. Sebabnya kadang-kadang tak pakai, busuk macam tu jerr...So, tomato cincang ni memang selalu ada kat rumah saya.. Selain tu, spagethi, tomato puree n rempah spagethi bolognese pun memang dok ada dalam peti sejuk tu. Antara benda-benda tadi, yang wajib ada rempah spagethi bolognese la. Kalau tak dak, tak rasa sos spagethi. Kalau tak jumpa rempah ni, pakai jer rempah Mix Spices ker, pizza spices kerr.. (ni ada jual kat kedai-kedai yang jual baking products) Tomato tu, bleh cincang/ramas tomato biji yang ada saja. Lagi banyak lagi best. Kalau tak masam, bleh tambah tomato sos.

Rempah spagethi bolognese ni bleh beli kat supermarket. Saya selalu beli barang kat Tesco. P kat bahagian yang jual pasta. Kat situ semua ada - termasuklah sos-sos tomato, tomato cincang, tomato puree. Sos spagethi yang dah siap pun ada. Tapi tak yah lah beli yang siap tu...mahal. Kita bleh buat sendiri. Senang jerr...

O.k, bahan utama yang saya guna untuk spagethi sempoi saya ialah seperti di bawah ni laa...


Yang depan tu spaghetti (beli jer cap apa yang anda suka).
Kiri sekali tu tomato puree (tak dak pun tak pa...pakai jer tomato sos),sbelah dia rempah spaghetti , kanan skali tu tomato cincang (kalau tak dak pakai tomato biji yang masak). Ramas/cincang kasar. 

Cara buat: 

i. Tumis bawang besar (potong dadu) - pakai yang sederhana besar. Potong dadu. (Sbenarnya bleh pakai bawang putih. Tapi bawang putih saya habih...so, pakai apa yang ada jerrr...)
ii. Bila dah layu sket, masukkan 3 sudu besar rempah spaghetti tu. Kacau sampai naik bau
iii. Masukkan daging apa yang kita nak (saya pakai daging burger jer - sebab daging cincang tak dak..Kalau pakai daging burger, hancur-hancur kan sket ngan garfu. Tapi daging burger ni tak seberapa sedap berbanding daging cincang. Tapi...bleh laaa daripada tak dak ....)
iv. Pastu masukkan tomato cincang tin (saya pakai semua), tomato puree (1/2 tin), Sos tomato (dalam 2 sudu besar), sos cili (dalam 3 sudu besar), sos tiram (2 sudu besar - tak dak pun tak pa), garam n gula secukup rasa (kena ada rasa masam-masam manis) Kalau ada tomato biji, bleh gak potong dadu. Nak bagi kaw lagi....
iv. Boh air sket kalau kering sangat. Tapi jangan banyak sebab sos ni kena pekat baru best.
Dah siap.....n bleh dituang atas spaghetti. (cara nak masa spagethi ni - rebus dalam air yang diboh minyak sket sampai lembut - toskan, pastu tu tuang minyak sket (dalam 2 sudu besar) - tak nak bagi spaghetti tu melekat)
Masa nak makan tu, kalau nak bagi kaw n sedap lagi (dan untuk menambahkan lagi kecomelan rupa dan bentuk badan (hehehhe), percik la cheese....fuuhhhhhh...memang sodap....)



Spaghetti sempoi. Yang kat belakang tu, cheese serbuk...kasi percik atas itu spaghetti, baru kaw...!!!


Pasta bebola ayam


Semalam untuk anak-anak saya masakkan pasta simple . Selalunya untuk kuah pasta atau spaghetti saya guna tomato sup tapi kali ni tak ade so saya ganti dengan tomato segar yang lagi berkhasiat . Anak-anak saya memang suka sangat kalau tau saya masak pasta sebab ada cheese tu ya sedap sangat tu...
Kali ni saya guna susu full cream dalam kotak untuk masak sos pasta , tujuan saya guna susu supaya dapatkan seimbangkan rasa masam buah tomato tu . Kuah spaghetti ni ada rasa lemak , manis dan masam memang sedap yum yum...selain tu susu full cream ni akan memekatkan kuah spaghetti ni...

pasta spirral yang ditabur cheese parmesan yum yum...

BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta spirral
500 grm bebola ayam 
1 labu bawang besar Holland atau bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
8 biji buah tomato bersaiz besar dan yang masak ranum
1 tin kecil tomato puree
4 sudu besar sos cili
1 kiub stok ayam
6 helai daun bay1 sudu besar herba oregano kering atau Italian Mixed Herbs
2 cawan susu full cream dalam kotakGaram dan gula secukup rasa
Keju parmesan

Cara Memasak :

1. Didihkan air dalam periuk dan rebus pasta dan masukkan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti/pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu margerin atau butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan kacau supaya pasta tak melekat .

Cara masak sos :


1.Basuh buah tomato dan potong kecil-kecil kemudian kisar semua buah tomato ni sampai hancur . Masukkan secawan air masa kisar buah tomato ni supaya memudahkan proses mengisar .

2.Panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak biasa saja dan tumis semua bawang merah dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.


3. Masukkan bebola ayam yang dipotong dua . Kacau dan biarkan sampai bebola ayam masak keperangan . Masukkan buah tomato yang dikisar tadi , tomato puree dan sos cili kemudian terus kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra .


4.Masukkan bay leaf dan italian herbs /oregano, kiub ayam, garam dan gula secukupnya .


5.Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit , kacau sekali - sekala , bila kuah dah mesra boleh la dimasukkan susu full cream tadi . Kacau semua bahan bila sos spaghetti ni maska boleh la ditutup api dapur.

6. Hidang dengan parutan keju parmesan .

Saturday, 21 January 2012

tips topup percuma





Aku dapat daripada awek kat kedai handphone masa aku round kat Suria KLCC. Duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni. Last-last cair jugak dia. Dia pun bagitau lah aku cara-cara nak mereload prepaid ni secara percuma.Ok, sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan ngkorang... untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019,anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda. disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal yerr..
Cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan. Ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-masa ini.
Ok, kepada pengguna talian 012,013,016,017,019 ambik telefon anda dail 1415007 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising, tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda.
Anda akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai, lepas tu dial 0405 untuk k.l, 0406 untuk yang duduk di Selangor.
Anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor tadi tekan nombor telefon anda sekali lagi. Tunggu selepas bunyi bising selesai,dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat...
Ok, selepas beberapa saat, anda akan mendengar "your pin number is accept" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your emei number is accept". Terus dail 4566 dan anda akan dengar "your password is accept" terus dail nombor tepon anda dan anda akan dengar
"kepala hotak kau, kat dalam dunia ni mana ada benda yang free, masuk toilet pun kena bayar 20 sen"


Friday, 20 January 2012

How To Remove/Disable Facebook Timeline?


The answer for this question is, NO you can’t remove or disable the facebook timeline. Facebook Timeline is now live, previously when it was on Beta test there was an option of removing it but now facebook is forcing to use the new facebook timeline once you install it.
But I have a trick to allow you to remove facebook timeline.okey,it’s easy. highly efficient 100%. Okay, let’s follow this tutorial :

1. Go To Facebook And Login As Usual.

2.Go To Facebook’s Account Settings.

3. Go To Facebook’s Security Settings.

4. Okey ,Now ,Look At The Bottom Option And You Will See.

5. Click “Deactive Your Account”

6.Now, You Already Deactive Your Facebook Account.

7.Okey ,Now Go To Facebook.Com.

8.Fill In This Form :

9. Now You Get A New Facebook.

10. No Facebook Timeline ! It’s Cool Right?

Your Face Should Be Like This :

In fact, Facebook will make the facebook timeline as a default. so, no need to search in google on ”how to disable facebook timeline” .Thank you.Lets troll your member by sharing this post to them 

Tuesday, 8 November 2011

Cara-cara Buat Stripe Motorsikal Sendiri | save money

pilih bahagian untuk pasang stripe baru
stripe yg aku nak tukar start warna hitam kat ekzos
 sampai warne merah.
Belah kanan.
Belah kiri.



tampal kertas gunakan saletip pelekat
jangan gune gam, selepas tampal, lakar dan gunting bentuk yang di ingini







Lakarkan pada sticker...  Harga sticker warna hitam  Rm6
2kaki x 1kaki



gunting sticker selepas ukur





stripe yg siap digunting


buang stripe asal. nk senang guna cutter








bersih lagi suci



left done 
right done













Saturday, 22 October 2011

Cara-cara Buang Co2 dlm Ekzos..

tengok gambar yg diberi

first cabut ekzos














rupe moto bile dibuang ekzos..















sedia kan HCl 2 botol dan srung tangan untuk perlindungan




















HCl
hati2 sikit kekgi hilang tangan..



















tuang kan HCl dlm ekzos, sebelum tu tutup dulu lubang2 yg ade.















tambah sedikit air panas, pahtu(lepas itu) tuang HCl sekali lagi sampai penuh













 '


   
lepas penuh HCl dlm ekzos, tiba masa untuk peram ekzos tersebut....




















 rupa Co2/Co yg melekat pada ekzos




gambar ekzos,HCl,Co2/Co diambil dari 125z comunity...




Friday, 12 August 2011

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Quran









hanya dengan formula matematik yang mudah....


Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...







formula die (no juzuk) (xx)-1=??   jawapan hasil tolak tadi didarab  dgn 2=?? last skali letak no 2 kat belakang jawapan yang didarab...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang ads lihat iklan terbaru

 
aqmillambong - Cool Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]