Geng-geng Lambong

Wednesday, 15 February 2012

Pasta bebola ayam


Semalam untuk anak-anak saya masakkan pasta simple . Selalunya untuk kuah pasta atau spaghetti saya guna tomato sup tapi kali ni tak ade so saya ganti dengan tomato segar yang lagi berkhasiat . Anak-anak saya memang suka sangat kalau tau saya masak pasta sebab ada cheese tu ya sedap sangat tu...
Kali ni saya guna susu full cream dalam kotak untuk masak sos pasta , tujuan saya guna susu supaya dapatkan seimbangkan rasa masam buah tomato tu . Kuah spaghetti ni ada rasa lemak , manis dan masam memang sedap yum yum...selain tu susu full cream ni akan memekatkan kuah spaghetti ni...

pasta spirral yang ditabur cheese parmesan yum yum...

BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta spirral
500 grm bebola ayam 
1 labu bawang besar Holland atau bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
8 biji buah tomato bersaiz besar dan yang masak ranum
1 tin kecil tomato puree
4 sudu besar sos cili
1 kiub stok ayam
6 helai daun bay1 sudu besar herba oregano kering atau Italian Mixed Herbs
2 cawan susu full cream dalam kotakGaram dan gula secukup rasa
Keju parmesan

Cara Memasak :

1. Didihkan air dalam periuk dan rebus pasta dan masukkan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti/pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu margerin atau butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan kacau supaya pasta tak melekat .

Cara masak sos :


1.Basuh buah tomato dan potong kecil-kecil kemudian kisar semua buah tomato ni sampai hancur . Masukkan secawan air masa kisar buah tomato ni supaya memudahkan proses mengisar .

2.Panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak biasa saja dan tumis semua bawang merah dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.


3. Masukkan bebola ayam yang dipotong dua . Kacau dan biarkan sampai bebola ayam masak keperangan . Masukkan buah tomato yang dikisar tadi , tomato puree dan sos cili kemudian terus kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra .


4.Masukkan bay leaf dan italian herbs /oregano, kiub ayam, garam dan gula secukupnya .


5.Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit , kacau sekali - sekala , bila kuah dah mesra boleh la dimasukkan susu full cream tadi . Kacau semua bahan bila sos spaghetti ni maska boleh la ditutup api dapur.

6. Hidang dengan parutan keju parmesan .

Tahukah anda apa itu minyak hitam?? (3)

JENIS MINYAK ENJIN

Terdapat 5 jenis minyak enjin yang biasa digunakan:


Mineral (Regular): 100% bahan petroleum yang telah menjalani proses penyulingan berperingkat (fractional distillation proses). Masih mempunyai karbon reaktif (reactive carbon) yang berupaya bertindakbalas dengan oksigen untuk membentuk asid. (Harga: Murah)


Semi-synthetic / Synthetic blend (Premium): Campuran 75% mineral dan 25% synthetic. (Harga: Sederhana)




Synthetic: Dihasilkan daripada bahan petroleum seperti minyak enjin Mineral tetapi hanya menggunakan bahan terbaik (tulen) dalam proses penyulingan berperingkat iaitupolyalphaolifins. Tidak mempunyai karbon reaktif. Juga ditambahkan dengan diester sintetik yang berfungsi membersihkan sisa karbon (pembakaran). Enjin biasanya lebih bersih. (Harga: Mahal)




Pure synthetic: Minyak sintetik sepenuhnya yang dihasilkan daripada polyalkyleneglycolyang banyak digunakan sebagai minyak pelincir bagi kotak gear (gearbox).




Bio-based: Bermula sekitar 1996, minyak enjin jenis ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan minyak daripada tumbuhan seperti minyak jagung dan minyak kelapa sawit. Lebih mesra alam tetapi belum dikomersilkan sepenuhnya. (Harga: Tidak pasti)

    Tuesday, 14 February 2012

    Tahukah anda apa itu minyak hitam?? (2)

    SIFAT MINYAK ENJIN

    Kebanyakan minyak enjin dibuat daripada molekul hidrokarbon yang berat daripada minyak mentah yang diekstrak dari dasar laut. Minyak enjin biasa mengandungi hidrokarbon dengan 18 - 34 atom karbon per molekul. Kandungan karbon per molekul yang tinggi ini menyebabkan kelikatan yang tinggi kepada minyak enjin. Dan seperti yang kita sudah tahu, kemampuan untuk mengekalkan satu lapisan pelincir antara komponen enjin yang bergerak adalah fungsi utama minyak enjin. 







    Kelikatan (viscosity) merujuk kepada kebolehan untuk mengalir (a measure of its resistance to flow) dan boleh menggunakan istilah "tebal" dengan "nipis" dimana masing-masing merujuk kepada semakin susah mengalir dan semakin senang mengalir. Kelikatan sesuatu minyak enjin mestilah tinggi untuk mengekalkan lapisan pelinciran tetapi dalam masa yang sama cukup nipis untuk mengalir kesemua bahagian enjin dibawah semua keadaan (panas ata sejuk). Kelikatan minyak enjin ini boleh disemak melalui Indeks Kelikatan (Viscosity Index) yang mengukur sejauh mana kelikatan minyak enjin berubah dengan suhu. Indeks kelikatan yang tinggi menunjukkan bahawa kelikatan minyak enjin berubah sedikit sahaja mengikut suhu berbanding indeks kelikatan yang rendah. Minyak enjin juga harus boleh mengalir dengan baik pada suhu yang rendah untuk meminimumkan geseran antara logam dengan logam semasa enjin kenderaan dihidupkan.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    nuffnang ads lihat iklan terbaru

     
    aqmillambong - Cool Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]