Geng-geng Lambong

Tuesday 14 February 2012

Tahukah anda apa itu minyak hitam?? (2)

SIFAT MINYAK ENJIN

Kebanyakan minyak enjin dibuat daripada molekul hidrokarbon yang berat daripada minyak mentah yang diekstrak dari dasar laut. Minyak enjin biasa mengandungi hidrokarbon dengan 18 - 34 atom karbon per molekul. Kandungan karbon per molekul yang tinggi ini menyebabkan kelikatan yang tinggi kepada minyak enjin. Dan seperti yang kita sudah tahu, kemampuan untuk mengekalkan satu lapisan pelincir antara komponen enjin yang bergerak adalah fungsi utama minyak enjin. 







Kelikatan (viscosity) merujuk kepada kebolehan untuk mengalir (a measure of its resistance to flow) dan boleh menggunakan istilah "tebal" dengan "nipis" dimana masing-masing merujuk kepada semakin susah mengalir dan semakin senang mengalir. Kelikatan sesuatu minyak enjin mestilah tinggi untuk mengekalkan lapisan pelinciran tetapi dalam masa yang sama cukup nipis untuk mengalir kesemua bahagian enjin dibawah semua keadaan (panas ata sejuk). Kelikatan minyak enjin ini boleh disemak melalui Indeks Kelikatan (Viscosity Index) yang mengukur sejauh mana kelikatan minyak enjin berubah dengan suhu. Indeks kelikatan yang tinggi menunjukkan bahawa kelikatan minyak enjin berubah sedikit sahaja mengikut suhu berbanding indeks kelikatan yang rendah. Minyak enjin juga harus boleh mengalir dengan baik pada suhu yang rendah untuk meminimumkan geseran antara logam dengan logam semasa enjin kenderaan dihidupkan.

0 pengomen/tukang komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang ads lihat iklan terbaru

 
aqmillambong - Cool Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]