Geng-geng Lambong

Monday, 13 February 2012

Tahukah anda apa itu minyak hitam??








Minyak Enjin atau lebih dikenali sebagai motor oil di kebanyakan bengkel kereta adalah minyak pelincir untuk komponen enjin yang menggunakan sistem pembakaran dalaman (internal combustion engine). Hampir semua komponen enjin jenis ini menggunakan logam atau aloi yang pastinya melakukan banyak pergerakan apabila enjin beroperasi. Pergerakan komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang tinggi akibat daripada geseran. Geseran pastinya akan mengakibatkan kehausan pada komponen dan disinilah minyak enjin memainkan peranannya - sebagai pelincir.

Minyak enjin turut membantu penyejukan enjin dengan membawa haba yang diserap jauh daripada kawasan pergerakan (minyak enjin digunakan secara putaran - naik dan turun). Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan sistem penyejukan enjin yang dimonopoli oleh radiator dan pengaliran udara dalam ruangan enjin. Selain daripada itu, minyak enjin juga berupaya untuk menghalang pengaratan dalaman enjin.

Minyak enjin dihasilkan daripada sebatian kimia petroleum dan bahan sintesis bukan petroleum yang mengandungi peratusan bahan bakar - karbon dan hidrogen yang tinggi. Tetapi minyak enjin juga diubahsuai dengan pencampuran bahan lain seperti ester dan bahan tambah (additives) untuk meningkatkan prestasi minyak enjin tersebut.





sumber

4 pengomen/tukang komen:

BuDaK KaMPuNG said...

aQmiR, . . ko terpilih kat sini, . . . . . . .
http://jali-ashburn.blogspot.com/2012/02/ben-ashaari-tiada-lama-tiada-baru.html

Hanif Bloglist Blog said...

Aku suka minyak pelincir shell

Cik FaRiZaM said...

sy pon pilih minyak pelincin SHELL !

Aqmil Lambung said...

saya juga guna shell... tapi dengar2 cite ada minyak baru kat Malaysia ni.. minyak tu menggunakan German Technology..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang ads lihat iklan terbaru

 
aqmillambong - Cool Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]