Geng-geng Lambong

Wednesday 15 February 2012

Pasta bebola ayam


Semalam untuk anak-anak saya masakkan pasta simple . Selalunya untuk kuah pasta atau spaghetti saya guna tomato sup tapi kali ni tak ade so saya ganti dengan tomato segar yang lagi berkhasiat . Anak-anak saya memang suka sangat kalau tau saya masak pasta sebab ada cheese tu ya sedap sangat tu...
Kali ni saya guna susu full cream dalam kotak untuk masak sos pasta , tujuan saya guna susu supaya dapatkan seimbangkan rasa masam buah tomato tu . Kuah spaghetti ni ada rasa lemak , manis dan masam memang sedap yum yum...selain tu susu full cream ni akan memekatkan kuah spaghetti ni...

pasta spirral yang ditabur cheese parmesan yum yum...

BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta spirral
500 grm bebola ayam 
1 labu bawang besar Holland atau bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
8 biji buah tomato bersaiz besar dan yang masak ranum
1 tin kecil tomato puree
4 sudu besar sos cili
1 kiub stok ayam
6 helai daun bay1 sudu besar herba oregano kering atau Italian Mixed Herbs
2 cawan susu full cream dalam kotakGaram dan gula secukup rasa
Keju parmesan

Cara Memasak :

1. Didihkan air dalam periuk dan rebus pasta dan masukkan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti/pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu margerin atau butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan kacau supaya pasta tak melekat .

Cara masak sos :


1.Basuh buah tomato dan potong kecil-kecil kemudian kisar semua buah tomato ni sampai hancur . Masukkan secawan air masa kisar buah tomato ni supaya memudahkan proses mengisar .

2.Panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak biasa saja dan tumis semua bawang merah dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.


3. Masukkan bebola ayam yang dipotong dua . Kacau dan biarkan sampai bebola ayam masak keperangan . Masukkan buah tomato yang dikisar tadi , tomato puree dan sos cili kemudian terus kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra .


4.Masukkan bay leaf dan italian herbs /oregano, kiub ayam, garam dan gula secukupnya .


5.Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit , kacau sekali - sekala , bila kuah dah mesra boleh la dimasukkan susu full cream tadi . Kacau semua bahan bila sos spaghetti ni maska boleh la ditutup api dapur.

6. Hidang dengan parutan keju parmesan .

2 pengomen/tukang komen:

Aqmil Lambung said...

Bahan-bahan ( 4 orang )

500 gram spaghetti (sepeket)
300 gram isi ayam, dipotong dadu (boleh tambah jika suka)
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 biji lada benggala (capsicum) merah - didadu
1 batang carrot – didadu
½ tin cendawan butang – dihiris ikut suka (boleh juga guna cendawan tiram)
2 biji tomato segar – dipotong enam
100 gram daun parsley segar – dihiris halus bahagian daun sahaja, macam buat kerabu
2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
½ sudu teh herba oregano kering (jika suka)
Perahan ½ biji lemon atau 2 sudu besar cuka apel (cider vinegar)
1 kiub stok ayam
1 cawan minyak zaitun
Garam secukupnya
Cara-cara

Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.
Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.
Masukkan capsicum, carrot dan cendawan dan tomato. Kacau rata.
Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.
Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.
Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.
Mesti dihidang terus, panas-panas.
Tips : Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi base sauce yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya monounsaturated, dan baunya juga lebih harum.

Anonymous said...

wahhh, . . banyaknye makanan, . . . hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang ads lihat iklan terbaru

 
aqmillambong - Cool Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]